Persaingan Politik dan Pilihan Raya: Dinamika Pola Pengundian Siri Pilihanraya Kecil Pasca 9 Mei 2018

RM55.00
9789672007494
471 item(s)
+

Persaingan Politik dan Pilihan Raya: Dinamika Pola Pengundian Siri Pilihanraya Kecil Pasca 9 Mei 2018

Editor: Mohd Azmir Mohd Nizah
Publisher: ILHAM Books
ISBN: 9789672007494
Weight: 0.4 kg
Pages: 190 pp
Year: 2022
Price: RM55

Setelah keputusan bersejarah pada 9 Mei 2018 yang menyaksikan buat pertama kalinya Barisan Nasional gagal membentuk Kerajaan Persekutuan apabila tewas kepada Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), persaingan dan pergelutan politik terus-menerus berlaku termasuk dalam 12 siri Pilihan Raya Kecil (PRK) yang terpaksa diadakan atas pelbagai sebab dan faktor.

Namun begitu, semua faktor yang dikenal pasti dalam 12 PRK pada 2018-2020 berterusan menjadi ukuran dan perbincangan, malahan menatijahkan pergolakan parti politik, yang akhirnya membawa sebuah naratif politik tanpa majoriti dalam kalangan parti, yang memaksa parti politik membuat penjajaran-penjajaran yang sangat menarik untuk diteliti dan dibincangkan.

Oleh kerana atmosfera politik yang sangat menarik ini, ia memberi ruang kepada pengkaji, penganalisa politik, parti politik dan rakyat Malaysia secara keseluruhannya memerhati dan membuat amatan yang sangat baik terhadap perubahan yang berlaku dalam kelakuan pengundi dan memahami apakah faktor-faktor yang memainkan peranan dalam perubahan tersebut.

Buku Persaingan Politik dan Pilihan Raya: Dinamika Pola Pengundian Siri Pilihan Raya Kecil Pasca 9 Mei 2018 ini akan mengupas faktor-faktor perubahan pada arena politik di Malaysia dan ia akan membantu pembaca untuk membuat penilaian dan memilih yang terbaik buat negara.

---

PROFESOR MADYA DR. MOHD AZMIR MOHD NIZAH ialah Ketua Program Pasca Siswazah Pusat Pengajian Siswazah dan juga Pensyarah Kanan di Pusat Pengajian Teras dan Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Berkelulusan B.HSc dan M.HSc dalam bidang Sains Politik dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan PhD Politik & Kerajaan dari Universiti Putra Malaysia (UPM). Beliau aktif dalam penyelidikan, penulisan dan perundingan dalam bidang hubungan etnik, politik, parti dan kelakuan pengundi.

Buku yang Sesuai Dibeli Bersama


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI