Persejarahan Meniti Zaman: Sumber Kaedah & Interprestasi

RM48.00
9789674618360
14 item(s)
+

Persejarahan Meniti Zaman: Sumber Kaedah & Interprestasi

Author: Mahani Musa & Muhamad Hasrul Zakariah
Publisher: Penerbit USM
ISBN: 9789674618360
Weight: 
Pages: 252pp
Year: 2024
Price: RM48

Buku ini mengandungi 11 bab yang membincangkan pelbagai aspek yang berkaitan dengan bidang persejarahan, bermula daripada persejarahan Islam klasik hinggalah kepada perkembangan persejarahan di Alam Melayu dan Malaysia khasnya. Antara perbincangan yang terkandung dalam buku ini ialah persejarahan Islam klasik dari kurun ke-7 hingga ke-9 Masihi yang ditinjau dari sudut genre, metadologi dan sumber kajian terhadap catatan 'Rihlah Ibn Battutah' mengenai kerajaan Samudera Pasai pada kurun ke-14 Masihi serta perbincangan tentang Orang Kaya Seri Paduka Tuan Seberang yang diyakini sebagai Tun Seri Lanang berdasarkan sumber persejarahan Aceh Ma Bain-as-Salatin. Mengenai Malaysia pula, antara perbincangan penting dalam buku ini ialah potensi penulisan sejarah negeri berdasarkan sumber-sumber arkib, kepentingan teks Melayu tradisional termasuk teks undang-undang kepada kajian tentang Kesultanan Melayu, manuskrip atau catatan mengenai sejarah negeri, pemikiran dan persepsi para sarjana tentang Indianisasi di Kedah Tua, konsep sumber dalam sejarah, dan kepentingan kaedah sejarah lisan kepada penyelidikan sejarah termasuk kajian tentang tokoh. Penerokaan dari pelbagai sudut malah dari zaman yang berbeza-beza ini menunjukkan potensi bidang persejarahan untuk terus berkembang dan diceburi dengan lebih mendalam oleh penyelidik sejarah pada masa akan datang.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI