​Persekutuan Malaysia 1961-1966: Penubuhan dan Cabaran

RM70.00
9789674123776
4 item(s)
+

Persekutuan Malaysia 1961-1966: Penubuhan dan Cabaran

Author: Mohd Bin Samsudin

Publisher: UKM Press

ISBN: 9789674123776

Pages: 518pp

Weight:

Year: 2016

Price: RM70

Buku ini adalah hasil penyelidikan berkaitan penubuhan Malaysia yang merupakan salah satu sejarah penting negara. Perbincangan bermula dengan idea dalam kalangan pegawai British terhadap rancangan penyatuan Tanah Melayu dengan wilayah Biritish di Asia Tenggara selepas Perang Dunia Kedua. Perbincangan penting tertumpu mengenai rancangan penubuhan Malaysia oleh kerajaan Persekutuan Tanah Melayu yang dipimpin oleh Tunku Abdul Rahman. Penulisan ini akan mendedahkan kepada dua perkara penting dalam sejarah penubuhan Malaysia, pertama usaha penubuhan dan kedua cabaran yang dihadapi oleh Persekutuan Tanah Melayu. Dalam bahagian usaha penubuhan perkara penting yang diberi perhatian siri rundingan yang diadakan oleh pihak Persekutuan Tanah Melayu dengan pegawai kerajaan British; Singapura, Sabah, Sarawak dan Brunei. Dalam bahagian cabaran penubuhan Malaysia, buku ini mengutarakan tentangan yang dihadapi daripada pihak Indonesia dan Filipina yang membawa kepada Konfrontasi Indonesia serta penyelesaian yang diusahakan bagi menamatkan tentangan daripada kedua-dua negara.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI