Perundangan Buruh Malaysia-Indonesia Dan Cabaran ASEAN
Editor: Kamal Halili Hassan & Budi Santoso
Publisher: UKM Press
ISBN: 9789674125066
Weight: 0.460 kg
Pages: 307pp
Year: 2018
Price: RM35
Golongan pekerja menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi dan industri di semua negara ASEAN. Isu perburuhan dan mobiliti buruh berlaku di Asia Tenggara dengan sejumlah pekerja merantau ke negara jiran bagi mencari mata pencarian. Kerangka perundangan mobiliti buruh ASEAN digerakkan dibawah blue-print Komuniti Ekonomi ASEAN dengan tumpuan kepada gerakan pekerja mahir dan profesional di rantau ini. Situasi kini ialah setiap anggota ASEAN bersetuju untuk mengiktiraf ahli profesional di sesebuah negra ASEAN lain supaya dapat beramal dan berkhidmat di mana-mana negara ASEAN. Manakala bagi pekerja tidak mahir, boleh dikatakan kurang perkembangan berhubung keraangka perundangan yang berlaku di bawah Komuniti Ekonomi ASEAN. Buku ini secara umumnya mencakupi persoalan terpilih undang-undang buruh di Malaysia dan Indonesia dan juga kerangka perundangan ASEAN berhubung buruh dan perkhidmatan. Isu yang dipaparkan kebanyakkannya tertumpu kepada beberapa persoalan yang berhubung kait dengan golongan pekerja yang selama ini agak terbiar dan terlepas dari skip undang-undang pekerjaan seperti pembantu rumah, pekerja asing tanpa izin dan pekerja kurang uapaya. Buku ini sesuai untuk bacaan para pekerja, majikan, pemimpin kesatuan sekerja dan ahli akademik di Malaysia dan Indonesia.