Pesan-pesan Mendalam Daripada Surah Al-Qalam

RM30.00
9789671987520
2 item(s)
+

Pesan-pesan Mendalam Daripada Surah Al-Qalam

Author: Syaari Ab. Rahman
Publisher: Paradigma Ibrah
ISBN: 9789671987520
Weight: 0.35 kg
Pages: 135 m/s
Year: 2023
Price: RM30

Surah Al-Qalam sangat istimewa kerana menjadi salah satu surah yang paling lantang menobatkan Rasulullah SAW sebagai tokoh yang paling berakhlak dalam serba-serbi sektor kehidupan Baginda sebelum kenabian. Surah ini terkandung keunikan yang bakal membantu kita memahami bukan sekadar perihal kehidupan sebelum kenabian Baginda, bahkan kisah  seluruh para anbiya' itu sendiri.

Kisah pemilik kebun dalam surah ini pula menjadi bukti bahawa kisah kecintaan kepada materialistik merupakan kisah kemanusiaan yang berulang-ulang dan bukan kisah penglipurlara. Oleh sebab itu Allah SWT mengangkat nilai kisah tanpa perlu diikat dengan masa dan lokasi. Begitu juga 10 sikap buruk yang dinyatakan selepas kisah pemilik kebun. Sikap ini tidak terbatas pada al-Walid bin al-Mughirah sahaja.

Justeru itu, kita perlu membezakan ilmu "tafsir" dan "taddabur". Tafsir memerlukan pelbagai ilmu seperti asbab al-Nuzul, manakala proses taddabur pula memerlukan ibrah tanpa terikat dengan persoalan "siapa", "di mana" atau "bila" dalam konteks ayat tertentu. Banyak lagi yang menarik dibahaskan dalam karya sederhana ini seperti hikmah pemilikan kisah Nabi Yunus AS menjadi penutup Surah Al-Qalam, signifikan susunan Surah Al-Qalam selepas Surah Al-Mulk, bahkan pemaknaan Al-Qalam itu sendiri bukan sekadar bermakna pena. 

Buku yang Sesuai Dibeli Bersama


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI