Pestisid Organofosfat Merosakkan Sistem Reproduktif Lelaki: Peranan Vitamin E dan Antioksidan

RM30.00
9789672510369
5 item(s)
+

Pestisid Organofosfat Merosakkan Sistem Reproduktif Lelaki: Peranan Vitamin E dan Antioksidan

Author: Izatus Shima Taib, Siti Balkis Budin & Ahmad Rohi Ghazali
Publisher: UKM Press
ISBN: 9789672510369
Weight: 0.235kg
Year: 2020
Page: 147
Price: RM30

Apakah itu organofosfat? Bagaimana manusia boleh terdedah kepada organofosfat terutamanya jenis Fenitrothion? Apakah pula kesan Fenitrothion terhadap kesihatan sistem reproduktif lelaki? Adakah vitamin E berupaya memberikan kesan perlindungan terhadap sistem reproduktif lelaki? Isu kepada persoalan tersebut adalah merupakan kupasan utama dalam buku ini. Organofosfat yang merupakan salah satu racun perosak telah digunakan secara meluas dalam bidang pertanian dan pengawalan vektor penyakit. Penggunaannya yang meluas dan tanpa kawalan telah menyebabkan kesan buruk terhadap kesihatan manusia termasuklah pada sistem reproduktif lelaki. Oleh itu masyarakat perlu mengetahui mengenai langkah-langkah yang perlu dilakukan bagi mengelakkan diri daripada terdedah kepada organofosfat semasa pengendaliannya. Fenitrothion merupakan salah satu organofosfat yang sering digunakan oleh petani di Malaysia. 

Selain itu, ia turut digunakan sebagai salah satu agen yang mengawal serangga perosak. Namun, pemahaman tentang kesan sampingan akibat penggunaan Fenitrothion terutamanya pada sistem reproduktif lelaki dalam kalangan masyarakat masih kurang jelas. Sistem reproduktif lelaki merupakan sistem yang kompleks yang memainkan peranan utama dalam kelangsungan umat manusia. Oleh itu kerosakan sitem reproduktif lelaki terutamanya kerosakan sperma akan mengakibat risiko kepada kelahiran anak yang tidak normal. Terkini, penemuan tentang kesan ketoksikan Fenitrothion terhadap sistem reproduktif lelaki yang menyebabkan kerosakan pada sel dan organ reproduktif, penurunan kualiti sperma serta gangguan fungsi endokrin memerlukan perhatian serius. 

Justeru, buku ini memfokuskan kepada kesan Fenithrothion terhadap kerosakan sistem reproduktif lelaki. Oleh itu kaedah bagi mengatasi masalah ini perlu dicari. Vitamin E melalui sifatnya sebagai antioksidan yang poten, sangat dikenali dalam potensinya untuk melindungi tubuh daripada pelbagai penyakit serta ketoksikan ubatan dan bahan kimia. Minyak sawit merupakan sumber semulajadi utama vitamin E jenis tokotrienol. Kajian terkini mengenai vitamin E telah membuka lembaran baru bagi mengenalpasti potensi vitamin E dalam melindungi sistem reproduktif lelaki daripada mengalami kerosakan akibat ketoksikan Fenithrothion. Dengan itu, buku ini juga turut mengupas potensi vitamin E jenis tokotrienol daripada sumber minyak sawit untuk mencegah kerosakan yang berlaku.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI