Petunjuk Jalan Ke Arah Pembebasan Palestin

RM40.00
9786299586104
100 item(s)
+

Petunjuk Jalan Ke Arah Pembebasan Plaestin

Author: Al Syahid Dr. Ibrahim Al-Maqadmeh (Terjemahan: Ahmad Kailani Muhammad)
Publisher: Firdaus Press
ISBN: 9786299586104
Weight: 
Pages: 
Year: 2025
Price: RM40

Buku ini adalah terjemahan kepada buku bertajuk Ma'aalim fi Al-Tariq li Tahrir Filistin karangan Dr. Ibrahim Al-Maqadmeh, seorang pemikir dan intelektual Ikhwanul Muslimin Palestin yang menggabungkan kerja politik dan perjuangan bersenjata. Beliau adalah merupakan di antara pengasas Hamas, komander pertama unit keselamatan Hamas dan komander Briged Al-Qassam.

Al-Maqadmel digambarkan sebagai figura unik dalam kerja Islam dan jihad serta memiliki pemikiran yang mendalam dan Imu yang luas, terutamanya dalam bidang politik dan ketenteraan. Semasa di dalam penjara Negev, beliau mengasaskan Universiti Yusuf di mana beliau sendiri menyediakan program pendidikan untuk para banduan dan telah berjaya mengubah penjara menjadi pusat pemikiran dan pembentukan peribadi. Beliau telah syahid di Gaza pada 8 Mac 2003 selepas jet pejuang Zionis mengebom kereta yang beliau naiki. Selepas syahidnya, Dr. Abdul Aziz Al-Rantisi telah menyatakan bahawa dunia Arab telah kehilangan seorang tokoh yang luar biasa dan antara yang paling berilmu,

Buku ini seharusnya dibaca oleh setiap individu yang prihatin terhadap isu Palestin, malah oleh setiap Muslim, la merupakan satu penjelasan mendalam mengenai asal-usul konflik, matlamat asal dan perbincangan tentang punca-punca yang mendasari isu ini. la juga memperincikan pendirian pelbagai pihak termasuk Yahudi, Kristian, Komunis dan umat Islam sendiri, Kemudian, la mengupas gerakan nasionalis serta situasi dunia Arab semasa itu. Akhirnya, buku ini menghuraikan dan menegaskan peranan gerakan Islam di dalam dan luar negara. Pendekatan berani oleh Dr. Ibrahim al-Maqadmeh dalam membincangkan isu Palestin dan jalan penyelesaiannya jelas dihuraikan dalam buku ini.

Secara keseluruhannya, buku ini memperlihatkan nada pesimis terhadap masa lampau tetapi sangat optimistik terhadap masa depan, dengan keyakinan bahawa Gerakan Islam mempunyai solusi untuk isu ini.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI