Pilihan Raya: Prinsip dan Hukum
Terjemahan asal daripada Al-Intikhabat: Ahkam wa Dawabit
Penulis: Shaykh Akram Kassab
Penerbit: Institut Darul Ehsan
ISBN: 9789672066194
Harga: RM39.00
Penekanan berkaitan pilihan raya merupakan perkara penting dalam kehidupan masyarakat dunia dan umat Islam khususnya walaupun kadang-kadang hasil daripada proses ini memberi manfaat yang kecil kepada sebahagian masyarakat tertentu. Persoalan apakah proses ini telah mengambil tempat hukum penyaksian yang dilakukan oleh pemilih ketika membuang undi dibahas berasaskan hukum agama.
Buku ini dibahagikan kepada lapan bab perbahasan dengan mengemukakan kajian dalam permasalahan besar berkaitan kefahaman politik dalam urusan pilihan raya termasuk juga perkara-perkara yang berkaitan perbezaan para ulama sama ada bersetuju atau menolaknya di samping mengemukakan pandangan yang pertengahan. Perbahasan perkara pokok dalam buku ini dilakukan dengan teliti berpandukan nas-nas al-Quran dan hadis di samping pendapat ahli tafsir serta pandangan ulama fiqh.
Para ilmuwan Islam dewasa ini amat mengambil berat berkaitan topik politik dan permasalahannya. Dengan perubahan yang pesat pada waktu ini tidak dapat dinafikan lagi bahawa perkara ini menjadi suatu kewajipan kepada umat Islam memainkan peranan yang penting mendidik masyarakat mengamalkan sistem politik dan pilihan raya yang berteraskan ajaran Islam.