Pokok Getah sebagai Petunjuk Kualiti Udara

RM30.00
9789672429593
5 item(s)
+

Pokok Getah sebagai Petunjuk Kualiti Udara

Author: Mohammad Jefri Mohd Yusof
Publisher: UKM Press
ISBN: 9789672429593
Weight: 
Page: 120
Year: 2020
Price: RM30

Logam berat adalah antara bahan pencemar yang terdapat di persekitaran atmosfera yang membawa kesan negatif terhadap kesihatan manusia pada kepekatan yang tinggi. Oleh sebab itu, penilaian kandungan logam berat tersebut menggunakan organisma hidup yang dipanggil biomonitor seperti liken, algae, dan pokok tinggi semakin diperluas bagi menggantikan kaedah konvensional yang memerlukan kos yang tinggi dan langkah kerja yang banyak. Selain itu, biomonitor ini dapat mengurangkan kuantiti logam berat di atmosfera secara hijau dan lebih ekonomik. Dalam buku ini, Hevea brasiliensis atau lebih dikenali sebagai pokok getah dipilih sebagai biomonitor logam berat di dua lokasi berbeza iaitu Kampung Batu Embun, Jerantut (kawasan luar bandar) dan pekan Mantin (kawasan subbandar) bagi tempoh setahun bermula pada April 2017 hingga Mac 2018. Logam berat seperti As, Cd, Cr, Cu, Fe, Mn, Ni, Pb dan Zn dikuantifikasi dalam sampel tanah, daun, kulit kayu dan lateks pokok getah. Penilaian toleransi pokok getah menggunakan indeks toleransi pencemaran udara (APTI) dan indeks jangkaan prestasi (API) masing-masing dengan nilai minimum 10.7 dan 62.5 % telah mengelaskan pokok getah sebagai biomonitor dalam kategori baik.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI