Polemik Kelapa Sawit: Anugerah Atau Musibah
Author: Alain Rival, Patrice Levang
Publisher: Institut Terjemahan dan Buku Malaysia
ISBN: 9789674603908
Weight: 0.150kg
Pages:
Year:2016
Price : RM25
Perkembangan pesat penanaman kelapa sawit menimbulkan banyak persoalan sosial seperti biodiversiti, pembasmian hutan, tabiat pengambilan makanan atau pelaburan beretika. Bagaimanakah tanaman ini boleh dianggap sebagai pokok ajaib oleh industri agro pemakanan di negara-negara Utara dan pekebun di kawasan tropika sedangkan dilihat sebagai ancaman ekologi yang serius oleh Pertubuhan Bukan Kerajaan yang memperjuangkan alam sekitar atau hak penduduk asli?
Dalam buku ini, penulis yang juga seorang ahli biologi dan ahli ekonomi pertanian, menggambarkan sektor tropika dunia yang kompleks dan sering menimbulkan pertikaian yang bercanggah dalam kalangan pihak berkepentingan. Pokok kelapa sawit sudah menjadi tanda bagi evolusi perhubungan negara-negara Utara-Selatan dalam pembangunan pertanian. Ternyata minyak sawit dikeluarkan dan digunakan di negara-negara Selatan; dagangannya didorong oleh negara membangun, walaupun sebahagian besar perubahan itu berlaku di negara-negara Utara juga sektor ini dipersoalkan tentang isu etika dan alam sekitar.Kontroversi awam tentang minyak sawit lazimnya berdasarkan pendapat yang disokong oleh kenyataan yang tidak dapat dipertikaikan dan adakalanya dibesar-besarkan.
Penyelidik memberikan hujah mereka secara halus, dengan disokong oleh data saintifik dan pengalaman bidang yang dikongsi. Kajian mereka membantu dalam menyarankan pendapat yang lebih seimbang dengan mengalihkan tumpuan ke negara-negara Selatan, iaitu kawasan pengeluaran khusus dan penguna utama minyak sawit.