Politik, Etnisiti & Peradaban Malaysia Pasca 2020
Editor: Mohd Izani, Adlina Ab Halim & Mohd Mahadee Ismail
Publisher: UPM Press
ISBN: 9789670035215
Weight: 0.595 kg
Pages: 328pp
Year: 2022
Price: RM92
Persoalan politik, etnisiti dan peradaban dalam konteks Malaysia pasca 2020 terus menjadi pokok perbahasan yang masih belum menemui titik noktahnya. Pelbagai isu berbangkit dihadapi oleh negara dalam menelusuri cabaran pasca 2020 dalam persoalan ini yang seringkali dibahaskan dari sudut pandang ilmu yang berbeza-beza. Berdasarkan kepada Sembilan cabaran dalam Wawasan 2020, Malaysia akan menjadi sebuah negara maju beracuan sendiri yang kukuh dalam aspek politik, etnisiti dan peradaban. Namun, impian ini dikatakan jauh daripada kenyataan selepas berlangsungnya Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) pada 2018 lalu. Keadaan menjadi lebih kritikal apabila berlakunya krisis politik dan krisis kesihatan awam terburuk di negara pada awal 2020 serentak. Buku ini memaparkan analisis secara akademik dan kritikal mengenai aspek politik, etnisiti dan peradaban yang sememangnya menerima kesan daripada berlangsungnya PRU-14, krisis politik yang menyaksikan kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH), kemunculan kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan berkonsepkan Keluarga Malaysia yang menggabungkan perwakilan daripada parti-parti politik seperti UMNO, BERSATU, PAS dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) serta penularan pandemik COVID-19 yang menjejaskan ekonomi juga kesihatan awam. Sebahagian artikal dalam buku ini menggunakan dapatan daripada projek penyelidikan sekali gus mengangkat penulisan ilmiah berasaskan pembuktian. Penerbitan buku ini bermanfaat dan menyumbang kepada kefahaman mengenai perkembangan politik, etnisiti dan peradaban yang berlaku di Malaysia pasca 2020. Pada masa yang sama, penerbitan buku ini dapat memartabatkan lagi kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) khususnya dan di negara amnya.