Politik Rahmah: Asas-Asas Politik Islam Kontemporari
Author: Panel Penyelidik Siasah Rahmah
Publisher: ILHAM Books
ISBN: 9789672007258
Pages: 237 pp
Price: RM35
Perbahasan berkenaan dengan politik adalah perbincangan yang tidak ada jemu dan kesudahannya. Ini kerana politik sentiasa berubah pendekatannya yang menuntut perubahan dan ijtihad yang baru untuk menghadapi cabaran-cabaran politik yang baru dan mencabar.
Ijtihad
yang baru sangat diperlukan di dalam pembentukan politik Islam di alaf baru ini
tanpa menafikan ijtihad-ijtihad yang lama yang sesuai dan mempunyai persamaan illah
(sebab) dan konsepnya. Politik Islam yang dinginkan pada zaman ini perlu
berdiri di atas rahmah, keadilan, syura,
kerjasama, menjaga hak semua pihak, menjaga keutuhan agama Islam tanpa
menzalimi agama dan bangsa yang lain.
Kebenaran ayat “Tidaklah
Kami utuskan kamu (wahai Muhammad) melainkan untuk memberi rahmah kepada
sekalian alam” akan tercapai apabila suasana negara ini berjalan di atas dasar
kasih saying, keadilan dan hormat-menghormati di antara satu sama lain.
Kepincangan
suasana politik berlaku apabila pemimpin menjadi rakus dan rakyat menjadi
pasif. Tidak wujud kerjasama dan interaksi di antara pemimpin dan rakyat untuk mengimarahkan bumi Allah
Taala ini. Fikrah al-istikhlaf (wakil Allah atas muka bumi) perlu
ditanam kepada semua peringkat sehingga wujudnya pembangunan dan kemajuan yang
berteraskan iman dan keamanan.
Munculnya buku ini mampu untuk mengisi ruang kosong dalam kalangan pembaca di Malaysia Muslim baik Non-Muslim untuk melihat dengan pandangan yang baru terhadap Malaysia baru yang sudah berubah kepimpinan. Siasah Islam yang baru perlu diperkenalkan kepada semua agar semua peringkat dapat merasai nikmat keadilan dan kasih sayang di atas muka bumi ini.
Fauwaz Fadzil Noor
*Untuk melihat salah satu bab dalam buku ini, boleh klik di sini.