​Praktis Analisis Wacana

RM46.00
9789831008782
3 item(s)
+

Praktis Analisis Wacana

Author/Editor: Idris Aman, Kamila Ghazali

Publisher: UM Press

ISBN: 9789831008782

Weight: 200

Pages:

Year: 2016

Price: RM46


Wacana atau discourse secara lazim ditakrifkan oleh pengamalnya daripada dimensi struktur, fungsi, dan idealisasi sama ada secara terpisah atau bersepadu. Daripada dimensi bentuk, wacana adalah unit linguistik yang lebih besar daripada klausa yang mempunyai suatu idea yang jelas dan teratur. Daripada dimensi fungsi, wacana adalah bahasa gunaan sebenar manusia untuk melangsungkan bermacam-macam tujuan, seperti menghujah, memujuk, mendidik, berpolitik, berdiplomasi, beribadat, berkasih sayang, mengesahkan sesuatu urusan, memulakan atau menamatkan sengketa, dan mengubah pandangan dunia. Daripada dimensi idealisasi pula, wacana ditakrifkan sebagai wadah manusia menyirat ideologi, kepercayaan, doktrin, nilai, identiti, kuasa,sikap, dan sebagainya.

Hakikatnya, wacana adalah manifestasi cara bahasa beroperasi dan dioperasikan oleh manusia dalam urusan kehidupan. Dengan demikian, wacana adalah gambaran cara manusia bertindak dan representasi terhadap dunia, sambil membina identiti dalam konteks sosial, ekonomi, politik, dan rohani. Wacana adalah bahan sedia ada dan sedia guna yang tepat dan asli untuk dijadikan data kajian bagi memahami bahasa penggunaan sebenar. Buku Praktis Analisis Wacana ini adalah sebahagian usaha memahami dan menghuraikan bagaimana wacana berfungsi dan digembleng oleh manusia dalam bertindak dan representasi terhadap dunia dalam beberapa urusan kehidupan.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI