Praktis Sunnah Dalam Mazhab Syafie

RM49.00
9789674619398
5 item(s)
+

Praktis Sunnah Dalam Mazhab Syafie

Author: Mohd Hapiz Mahaiyadin
Publisher: USM
ISBN: 9789674619398
Weight: 0.37kg
Pages: 296pp
Year: 2025
Price: RM49

Buku ini menjelaskan bagaimana proses pematuhan sunah (ittiba' al-sunnah) melalui taklid mazhab fiqh bukan suatu bidaah.

Taklid mazhab yang memanifestasikan perintah fas'alu ahl al-dhikr merupakan satu sunah para ulama mujtahidin dalam melaksanakan tuntutan syariah dalam al-Quran dan sunah Nabi Muhammad SAW. Malah, mazhab mazhab fiqh diibaratkan seperti beberapa institusi hukum yang menghimpunkan para sarjana yang disatukan dengan manhaj berfikir, metodologi ilmiah, kaedah-kaedah ijtihad dan hasil kefahaman yang sistematik terhadap nas-nas syarak.

Secara tidak langsung, menerusi mazhab fiqh, jurang ikhtilaf pendapat dan kefahaman terhadap petunjuk sunah Nabi SAW khususnya dapat diminimumkan dalam masyarakat Islam. Berbanding tidak bermazhab, sesiapa sahaja boleh mencipta kefahaman sendiri terhadap maksud ittiba' al-sunnah dengan wujudnya banyak aplikasi hukum yang berselirat sehingga menjarakkan masyarakat daripada titik persepakatan.

Proses ittiba' al-sunnah bukan hanya tercapai dengan kefahaman literal teks-teks hadis hukum. Sebaliknya, hukum syarak diartikulasi daripada paduan al-Quran dan sunah berdasarkan usul fiqh, iaitu ilmu berkenaan metodologi istinbat hukum syarak.

Tradisi ittiba' al-sunnah sememangnya berjalan secara tidak langsung dalam mazhab Syafi'i yang didukung oleh majoriti umat Islam di Malaysia. Mazhab ini sepertimana mazhab fiqh lain telah dipertahankan oleh majoriti ulama fiqh, hadis, tafsir, sejarah dan tokoh pemimpin kerajaan sejak dahulu. Ini antara beberapa kefahaman yang cuba diluruskan kembali bagi menjernihkan tasawur para pembaca terhadap konsep ittiba' al-sunnah dan taklid mazhab.

Penulis buku ini berpandangan bahawa pengajian hadis tidak boleh terpisah daripada usul fiqh, fiqh, maqasid syarak dan pelbagai ilmu syariah lain kerana sunah merupakan sumber penting hukum Islam yang menjadi fokus kajian para mujtahidin sepanjang zaman.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI