Prinsip Islam Dalam Kritikan Sastera Antara Sayyid Sayyid Abd Al-Raziq Dengan Mohd Affandi Hassan
Author: Mohd Adi Amzar Muhammad Nawawi, Hishomudin Ahmad & Aishah Isahak
Publisher: UKM Press
ISBN: 9789672518068
Weight: 0.274 kg
Pages: 181pp
Year: 2022
Price: RM45
Perbahasan kritikan sastera Islami isu yang menarik untuk dibicarakan. la tampak menarik setelah melalui proses perkembangan idealisme dan percambahan keintelektualan dalam kalangan cendekiawan dalam lapangan kesusasteraan. Justeru, buku ini cuba menyingkap kehebatan prinsip Islam dalam kritikan sastera yang dipelopori oleh tokoh dari dunia Arab dan juga alam Melayu iaitu Sayyid Sayyid 'Abd al-Raziq dan Mohd Affandi Hassan daripada sumber, prinsip, dan juga matlamat. Dleh demikian, penyusunan topik dalam buku ini telah dibuat secara sistematik dengan membahaskan terlebih dahulu berkenaan latar belakang pencetusan prinsip Islam dalam kritikan sastera. Kemudian, perbincangan dilanjutkan dengan memberi tumpuan kepada perbahasan prinsip Islam dalam kritikan sastera mengikut pandangan kedua-dua tokoh tersebut. Dan terakhir, analisis perbandingan terhadap prinsip yang digunakan oleh kedua-dua tokoh ini dibahaskan secara mendalam bagi mendapatkan persamaan dan perbezaan antaranya keduanya yang memperlihatkan lagi keindahan sastera Islami itu. Secara keseluruhannya, perbahasan yang meliputi kedua-dua latar kebudayaan yang berbeza ini sangat menarik untuk ditekuni kerana walaupun berbeza aspek geografinya, namun matlamat akhirnya adalah bersandarkan kepada tujuan yang jelas iaitu mentauhidkan Allah SWT.