Prinsip Wang Dan Kadar Pertukaran Asing
Author: Muhammad Riyadh Ghozali Lubis, Muhammad Roza
Publisher: Dewan Bahasa Pustaka
ISBN: 9789834611552
Weight: 550g
Pages: 523
Year: 2015
Price: RM40
Prinsip Wang dan Kadar Pertukaran Asing menawarkan pelajar tentang teori asas yang berkaitan dengan wang dan kadar pertukaran. Buku ini memberikan satu pengetahuan dan pemahaman terhadap subjek-subjek yang berkaitan dengan wang dan pertukaran asing yang sangat penting dan diperlukan dalam mengkaji persekitaran yang dianggap sebagai "nyawa" bagi mengerakkan ekonomi negara dan antara negara serta integrasi ekonomi secara global. Integrasi ekonomi bererti perluasan aktiviti ekonomi merentas politik wilayah negara. Sifat asas integrasi global ialah peningkatan darjah keterbukaan di seluruh dunia yang terdapat tiga dimensi integrasi ekonomi, iaitu perdagangan antarabangsa, pelaburan antarabangsa dan kewangan antarabangsa. Untuk melengkapkan perbincangan dalam buku ini, sebuah lagi judul yang ditulis oleh penulis yang sama berkaitan dengan bidang pertukaran asing yang akan terbit bertajuk "Kadar Pertukaran Asing: Teori dan Dasar Pertukaran Asing".