​Pujangga Melayu

RM95.00
9789670627021
2 item(s)
+

Pujangga Melayu

Author: Mohd Affandi Hassan

Publisher: Wadi al-Irfan

ISBN: 978-967-0627-02-1

Year: 2017

Weight: 400g

Pages: 752 pp

Price: RM95


"Sebagai sebuah novel persuratan, Pujangga Melayu membicarakan kehidupan manusia secara keseluruhan, meliputi aspek kerohanian, intelektual, dan beberapa persoalan penting dalam penulisan kreatif dan akademik."

Sebuah adikarya persuratan Melayu mutakhir yang ditunggu-tunggu sejak 20 tahun dahulu, karya pengarang persuratan yang terkenal, Mohd Affandi Hassan.

Pujangga Melayu adalah gabungan empat novel:

1) Jejak Warisan (terbit 1994)

2) Citra Pujangga (terbit 1994)

3) Tampang Sasterawan (terbit 1994)

4) Wajah Pendeta (terbit 1996)

Istimewanya edisi ini, ia dilengkapi dengan indeks bagi konsep-konsep penting yang diwacanakan.

“Dengan novel persuratan, aku maksudkan novel yang mementingkan hikmah, kebijaksanaan, ilmu, nasihat, petua, pengajaran, amaran tentang kebaikan dan keburukan. Sebuah novel yang tidak menjadikan khayalan sebagai dasar cerita, sehingga memungkinkan ditulis novel-novel tentang perkara-perkara yang berada di luar kemampuan akal manusia memahaminya, seperti tentang syurga dan neraka, kehidupan di dalam kubur dan hal-hal seumpama itu. Novel persuratan mengawal dengan ketat temanya, supaya tidak hanyut di alam khayal bersama emosi liar yang dipandu seluruhnya oleh iblis, seperti yang dibuat oleh para penulis novel sastera. Para penulis novel sastera mementingkan cerita, emosi, peristiwa yang aneh-aneh, watak yang juga aneh-aneh. Novel sastera tidak mementingkan idea.”

Buku yang Sesuai Dibeli Bersama


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI