Putin: Tsar Moden Russia
Author: Ahmad Faezal
Publisher: Patriots Publishing
ISBN: 9789672437413
Weight: 0.5 kg
Pages: 342
Year: 2022
Price: RM28
Warga maya Malaysia mempunyai dua pendapat tentang Vladimir Putin. Sebahagian kecil mengatakan beliau adalah anak didik Tun Dr. Mahathir. Sebahagian lagi pula mengatakan beliau membawa diri dengan pengalaman pahit sepanjang menjadi anggota KGB dan pegawai kerajaan di bawah Boris Yeltsin. Dalam buku ini, kita akan menjelajah selok-belok sejarah Rusia untuk mengenali sistem politik ditunggang seorang pemimpin bernama Vladimir Vladimirovich Putin.
Beliau tidak mencapai kemuncak kuasa dengan mudah. Banyak liku perlu dihadapi kerana beliau dilahirkan dalam keluarga miskin. Apabila menjadi ayam tambatan kerajaan Yeltsin, beliau melihat segala kerosakan berpunca daripada kroni-kroni sedia ada. Selepas menjadi Presiden Rusia, gerombolan kroni ini ingin menikam beliau dari belakang.
Untuk membersihkan Rusia daripada belenggu kroni, Putin menggunakan pendekatan kuasa mutlak (unlimited power). Walau bagaimanapun, pendekatan ini hanya mencuci dakwat lama dengan dakwat baru. Maka jelas sekali, Putin meninggalkan legasi yang perlu dicuci bakal penggantinya.