Qanun Pahang : Zaman Pemerintahan Sultan Abdul Ghaffar Mahyuddin Shah (1529-1614M)

RM50.00
9789674126469
3 item(s)
+

Qanun Pahang : Zaman Pemerintahan Sultan Abdul Ghaffar Mahyuddin Shah (1529-1614M)

Publisher: UKM Press

ISBN: 9789674126469

Pages: 345

Weight: 0.475 kg

Year: 2019

Price: RM 50.00

Pelaksanaan Undang-undang Islam di Malaysia seringkali diragui lantaran terdapatnya pandangan bahawa dominasi penjajah menjadikan sistem perundangan Islam tergugat dan sukar untuk dilaksanakan sepenuhnya. kerana itulah, terdapat tafsiran dalam kes duluan yang menyatakan bahawa undang-undang Islam hanya terpakai kepada perkara yang bersifat ritual sahaja. Namun, sejarah telah membuktikan bahawa Undang-undang Islam telahpun dikodifikasikan dan pernah dilaksanakan serta dikuatkuasakan. Sebagai contoh adalah Qanun Pahang yang menjadi rujukan dalam penulisan ini. Kaedah perbandingan antara manuskrip Qanun Pahang yang wujud dan Qanun Melaka dibuat dalam menganalisis ketepatan kandungan Qanun ini. Qanun Pahang adalah sebuah Qanun yang digunakan pada zaman pemerintahan Sultan Abdul Ghaffar Mahyuddin Shah (1592M-1614M) dan merupakan lanjutan kepada Qanun Melaka. Namun, kandungannya lebih banyak dibuat perubahan dan penambahan jika dibandingkan dengan Qanun Melaka terutamanya penambahan dalam aspek keislamannya. Buku ini memaparkan sejarah perundangan yang menarik untuk ditelusuri oleh pengkaji, pensyarah mahupun pelajar yang berminat dengan kajian teks perundangan.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI