​Radikalisme Melayu Perak 1945-1970

RM54.00
9789838614658
1 item(s)
+

Radikalisme Melayu Perak 1945-1970

Author: Ishak Saat

Publisher: USM Press

ISBN: 9789838614658

Pages: 270pp

Year: 2011

Weight: 0.487kg

Price: RM54


Radikalisme Melayu Perak: 1945-1970 memuatkan catatan sejarah politik Melayu radikal yang pernah mewarnai sejarah Malaysia sebelum dan selepas kemerdekaan.

Istilah radikalisme ini dipilih kerana umum masyarakat beranggapan bahawa radikal itu satu pendekatan yang drastik dan keterlaluan. Namun sebenarnya ia merupakan sebuah pengistilahan yang dilabelkan kepada mereka yang ingin menuntut kemerdekaan daripada penjajah British.

Malah, buku ini turut menyingkap perjuangan, aliran pemikiran, sumbangan dan pengorbanan yang terpaksa mereka lalui.

Justeru, buku ini diutarakan demi untuk memberikan gambaran sebenar perjuangan yang dipelopori mereka yang bergelar radikal agar masyarakat dapat menilai sumbangan dan pengorbanan mereka yang tidak ternilai pentingnya terhadap agama, bangsa dan negara.

Seharusnya buku ini dimiliki dan dibaca oleh para guru, siswa dan siswi, pengkaji sejarah dan ahli-ahli politik serta masyarakat umum agar dapat maklumat dan kefahaman yang mendalam. Seterusnya menilai catatan sejarah ini secara lebih terbuka dan adil.



JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI