Rahmatan Lil' Alamin Dalam Konteks Masyarakat Kontemporari - Preorder
Author: Shukran Abd Rahman, Haslina Ibrahim
Publisher: IIUM Press & MAIWP
ISBN: 9789674910389
Pages: 248pp
Weight: 0.230kg
Year: 2019
Price: RM 75
Islam sebagai suatu cara hidup merahmati manusia melalui panduan yang diberikan dalam aspek kerohanian, aqidah, akhlak dan perundangan yang saling berkait, melengkapi dan seimbang. Buku ini menghuraikan makna yang terkandung di dalam konsep Rahmatan lil ‘Alamin dalam pelbagai perspektif dengan mengambil kira konteks masyarakat majmuk di Malaysia. Isi-isi penting telah dicerakinkan dari setiap bab untuk diketengahkan sebagai prinsip-prinsip Raḥmatan lil ͑Alamin. Setiap bab dalam buku ini membicarakan konsep Rahmatan lil ‘Alamin dalam masyarakat kontemporari, dan seterusnya menggariskan saranan untuk mengaplikasikan konsep tersebut samada di dalam diri, institusi, masyarakat mahupun negara. Konsep Rahmatan lil ‘Alamin dihuraikan di bawah tiga tema utama iaitu Sumber dan Asas Konsep Rahmatan lil ‘Alamin, Pemangkin Kepada Kefahaman dan Manifestasi Rahmatan lil ‘Alamin; dan Prinsip Utama Konsep Rahmatan lil ‘Alamin.