Rahsia Memahami Hukum Pernikahan

RM25.00
9789672605713
2 item(s)
+

Rahsia Memahami Hukum Pernikahan

Author: Muhammad bin Salim bin Hafizh
Publisher: Nizamiyyah Institute 
ISBN: 9789672605713
Weight: 
Pages: 136pp
Year: 2021
Price: RM25

Buat julung kalinya kitab ini diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu di Malaysia. Perbincangan mengenai hukum hakam pernikahan agak kurang dibahaskan dalam arus perdana. Malah, jika ada dibincangkan adalah seputar perbualan pada dasar atau asas yang tidaklah mendalam. Buku yang membahaskan mengenainya juga amat kurang ditulis ke dalam bahasa ibunda kita. 

Pertama sekali, perlu difahami bahawa melalui jalinan pernikahan maka seseorang bukanlah terjalin hubungan kekeluarga antara dua pihak individu sahaja malah dua kelompok besar keluarga yang berhubung atau lebih dari itu. Oleh itu, perkara syariat akan bersangkutan antara keduanya.

Saban hari, berlakunya urusan pernikahan atau perkahwinan, pergelutan rumahtangga, penceraian, dan lain-lain permasalahan berkaitan kekeluargaan secara umum. 

Jika berlakunya ikatan perkahwinan, apakah hukum-hukum yang bersangkutan dalam hal perkahwinan dan kekeluargaan antara dua buah pihak keluarga? Jika berlaku penceraian, apakah hukum syariat yang bakal berubah dalam sesebuah keluarga pula? Apakah faktor-faktor yang bakal dan akan menjatuhkan penceraian/talak? Selain itu, perbincangan juga kepada isu bersangkutan masalah ibu susuan dan lain-lain lagi.

Kepentingan memahami hukum hakam pernikahan adalah perlu bagi membina sebuah bahtera rumahtangga dan pemeliharaan kerukunan kekeluargaan. Perbincangan mengenai rukun, syarat, dan hal berkaitan hukum; sah, batal, wajib, haram, harus, dll yang bersangkutan dalam hal harian kekeluargaan. 

Perkara lebih penting lagi untuk kita mengetahui akan tanggungjawab dan amanah dalam berkeluarga. Selain untuk mengetahui hak-hak syariat sebagai suami, isteri, dan hubungkait dengan keluarga keseluruhannya. Agar nasab dan keturunan dalam kekeluargaan yang dibina menjadi rahmat dan mendapat keredhaan Allah.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI