RAMD: Membenam Asakan Komunis

RM80.00
9789834938239
1 item(s)
+

RAMD: Membenam Asakan Komunis

Author: Rejimen Askar Melayu Diraja
Publisher: Dewan Bahasa dan Pustaka
ISBN: 9789834938239
Weight: 0.806kg
Pages: 399
Year: 2024
Price: RM80

RAMD: MEMBENAM ASAKAN KOMUNIS memaparkan kisah perit jerih perjuangan, pahit manis pengorbanan perwira negara dalam memastikan ghaibnya petualang di bumi tercinta ini. Kisah sejarah bergambar ini mengimbau perjuangan Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) menentang pemberontakan komunis di negara kita dan menunjukkan semangat pegawai dan anggota daripada rejimen ini yang berjuang bermati-matian dan sanggup berkorban nyawa untuk memastikan keamanan dan kedaulatan Malaysia terus terpelihara.

Buku ini memfokuskan peranan RAMD dalam memerangi pemberontakan komunis, terutamanya semasa era Darurat Pertama (1948-1960), Konfrontasi (1963-1966) dan Darurat Kedua (1968-1989). Tempoh ini merupakan bahagian penting dalam sejarah Malaysia kerana kebanyakan kepimpinan dan pentadbiran negara, terutamanya perkhidmatan tentera, ialah orang Melayu. Perkara ini berbeza daripada tempoh perang konvensional terdahulu yang menyaksikan penglibatan besar-besaran Tentera Komanwel dan Kolonial.

Buku ini diharap mampu membentuk jati diri dan meniup semangat patriotisme dalam kalangan generasi baharu yang bertanggungjawab mengekalkan kemerdekaan dan keamanan negara. Cerita dan kisah yang jarang-jarang dikongsi, direkodkan dalam buku ini supaya menjadi sumber rujukan dan ingatan berpanjangan demi masa hadapan.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI