​Rampai Sari Di Persada Ilmuwan

RM30.00
9789674125134
1 item(s)
+

Rampai Sari Di Persada Ilmuwan

Author/Editor: Abd Razak Hussin

Publisher: UKM Press

ISBN: 9789674125134

Weight: 200g

Pages: 130

Year: 2018

Price: RM30


Sejumlah 35 rencana ini adalah antara jurus pandang seorang pentadbir mapan terhadap wilayah keilmuwan di alma meternya, UKM. Kesemua tulisan berkenaan disiarkan dalam akhbar perdana tanah air iaitu Berita Harian, Utusan Malaysia dan Harian Metro bermula 2009 hingga yang terkini pada 2017. Penulis memanfaatkan ruangnya untuk memerihalkan tuntutan dan tentangan UKM dalam banyak segi yang melibatkan ilmu itu sendiri, sumbangan terhadap pendidikan kebangsaan, masyarakat setempat dan antarabangsa. Dari lantai kepimpinan utama, akdemia sehingga ke tatausaha dan mahasiswa, penghormatan terhadap ilmu menjadi tumpuan penulisan buku ini. Keterlibatan secara lansung dengan pengurusan universiti, menemukan penulis akan beberapa sosok peribadi yang mengilhamkan bukan sahaja dalam perihal akademik malah lebih lagi akan nuansa kemanusiaan yang dedepani mereka. Bagaimana menerusi ilmu, manusia dapat tumbuh sebagai pewakilan terhadap kemasalahatan banyak pihak. Ilmu juga yang melebarkan sayap keluhuran untuk manusia terbang menuju harkat yang lebih terhormat. Menarik sekali tokoh-tokoh yang diangkat penulis dalam rakaman tintanya ini turut menyeberangi topografi Bangi; pembaca di bawa ke Terngganu, Sabah dan Indonesia. Himpunan pengalaman panjangnya dalam pentadbiran dan ruang keilmuan ini turut berhubung dengan perekayasaan bahasa Melayu, kebudimanan serta iltizam adalam apa jua upaya. Lewat buku ini, penulis menyakini bahawa penyerlahan sesebuah universiti seperti UKM bukan sahaja diukur dalam pemerihalan penghasilan ijazah, namun lebih mendasar adalah menumbuhkan harga diri dan sahsiah.



JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI