Rangkaian Falsafah Dalam Analisis Sastera
Author: Amida Abdulhamid
Publisher: UPSI Press
ISBN:
Weight: 0.5kg
Pages: 355
Year: 2008
Price: RM43
Buku ini membantu pembaca mengikuti hujahan yang bersabit dengan aspek falsafah seperti eksistensialisme, retorik dan logik justeru memahami pemikiran dalam karya berkenaan.
Falsafah - kecintaan kepada hikmah - menjadi wahana penting bagi meneroka justeru menerangi keindahan pemikiran yang tersembunyi di sebalik kancah naratif. Dengan mengaplikasikan beberapa teori dan pemikiran, sana ada dari barat atau timur, karya-karya sastera yang terpilih dalam analisis ini menjadi lebih mantap dan diyakini mutu dan daya estetiknya. Teknik dialetik, iaitu perbincangan berdasarkan soal-jawab, membantu pembaca mengikuti hujahan yang bersabit dengan aspek falsafah seperti eksistensialisme, retorik dan logik justeru memahami pemikiran dalam karya berkenaan.