Rangsangan Kognitif Kanak-Kanak Lambat Bertutur dan Berbahasa: Reka Bentuk Permainan Serius Terapeutik

RM40.00
9786294860865
1 item(s)
+

Rangsangan Kognitif Kanak-Kanak Lambat Bertutur dan Berbahasa: Reka Bentuk Permainan Serius Terapeutik

Author: Nadia Akma Ahmad Ahmad Zaki, Tengku Siti Meriam Tengku Wook & Kartini Ahmad
Publisher: UKM Press
ISBN: 9786294860865
Weight: 269gsm
Pages: 160pp
Year: 2024
Price: RM40

Rangsangan kognitif merupakan antara jenis intervensi berfokus kognisi yang sering digunakan melalui penggunaan permainan serius dalam konteks terapi atau juga dikenali sebagai permainan serius terapeutik. Tujuan permainan serius terapeutik digunakan adalah untuk menyembuh, mengurang, atau memulih keadaan kesihatan tertentu serta menyasarkan pengguna yang terdiri daripada orang tua, dewasa, dan kanak-kanak. 

Bagi pengguna kanak-kanak, terdapat di kalangan mereka yang berhadapan dengan masalah lambat bertutur dan berbahasa. Kanak-kanak lambat bertutur dan berbahasa (KKLBB) turut didapati mengalami kelewatan perkembangan kognitif. Oleh itu KKLBB disaran untuk menjalani rawatan pemulihan dan terapi seawal mungkin yang memfokus kepada bahasa dan juga kognitif bagi memulihkan mereka. Permainan serius didapati sesuai digunakan sebagai alat alternatif terapi untuk merangsang dan mendorong meningkatkan keupayaan kognitif KKLBB. 

Justeru, bagi menghasilkan permainan serius yang berguna serta boleh digunakan sebagai alternatif terapi untuk merangsang kognitif KKLBB, buku ini akan memberi penekanan terhadap reka bentuk permainan serius terapeutik yang dapat memenuhi keperluan aspek kognitif mereka. Penghasilan reka bentuk permainan serius yang mencapai matlamat kebolehgunaan dapat membantu merangsang kognitif KKLBB. seterusnya memberi kesan positif terhadap penggunaannya untuk tujuan terapeutik.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI