Rasuah, Jenayah dan Malaysia
Author: Akhbar Satar
Publisher: Akhbar & Associates
Price: RM29.90
ISBN: 9789671408506
Weight: 0.200kg
Rasuah, Jenayah dan Malaysia merupakan karya Presiden
Transparency International Malaysia, Akhbar Satar. Pengarang mempunyai 35 tahun
pengalaman dalam bidang penyiasatan termasuk 18 tahun bersama Badan Pencegah
Rasuah (SPRM). Satar juga merupakan penyumbang/penulis dalam ruangan kolumnis
Berita Harian (BH).
Buku ini mengupas isu rasuah dan integriti secara terperinci
bagi memastikan masa depan negara tidak tergadai akibat kerakusan
individu-individu tertentu. Rasuah, Jenayah dan Malaysia dapat memberi manfaat
kepada pembaca am, pengkaji punca-punca jenayah, rasuah, serta isu integriti
sebenar dengan lebih mendalam lagi. Matlamat buku ini dikeluarkan bukan sahaja
bagi rujukan pembaca, malahan memenuhi cita-cita untuk mewujudkan masyarakat
yang berilmu serta berintegriti tinggi.
Pengarang berharap buku ini dijadikan pencetus kepada lebih banyak perbincangan dalam masyarakat mengenai kemelut rasuah, ketandusan integriti, dan peningkatan kadar jenayah yang semakin membimbangkan di Malaysia.