Rawatan Alternatif Stenosis Trakea Melalui Kaedah Kejuruteraan Tisu

RM20.00
9789672514077
1 item(s)
+

Rawatan Alternatif Stenosis Trakea Melalui Kaedah Kejuruteraan Tisu

Authors: Mohd Heikal Mohd Yunus, Nur Adelina A. Noruddin & Ruszymah Idrus
Publisher: UKM Press
ISBN: 9789672514077
Weight: 0.16kg
Pages: 89pp
Year: 2021
Price: RM20

Rawatan pembedahan bagi patologi trakea adalah salah satu masalah klinikal yang paling mencabar. Selalunya pembedahan melibatkan reseksi dan rekonstruksi kawasan yang rosak atau cacat, yang disebabkan oleh stenosis trakea yang diakibatkan oleh keadaan kongenital, tumor benign atau maglinan, kecederaan dan iatrogenik. Tisu autogenus seperti kulit, rawan tubinat hidung dan rawan telinga telah digunakan untuk menutup kerosakan atau kecacatan yang tidak melibatkan lilitan lumen trakea. Manakala kerosakan dan kecacatan yang melibatkan lilitan lumen trakea, selalunya direkonstruksi melalui anastomosis hujung ke hujung atau graf jika kerosakan atau kecatatan adalah besar. Walau bagaimanapun, tiada kaedah rawatan yang berkesan untuk merawat penyempitan trakea di sebabkan ketiadaan graf atau bahan prostetik yang boleh digunakan untuk jangkamasa panjang. Dilatasi penyempitan trakea masih lagi menjadi rawatan yang selamat dan efektif masakini. Walau bagaimanapun, pembentukan semula epitelium yang lambat pada kawasan luka menyebabkan terbentuknya fibrosis di bahagian tengah, di mana kawasan ini akan dilitupi oleh tisu konektif fibrous yang berkait dengan reaksi inflamasi akut, menyebabkan penyempitan trakea terbentuk semula. Ini menyebabkan pesakit terpaksa menjalani prosedur ini berulang-ulang kali. Permasalahan penyempitan trakea yang tiada penyelesaian mendorong kepada timbulnya kajian ini bertujuan membantu mempercepatkan pembentukan semula epitelium trakea yang tercedera dengan kaedah kejuruteraan tisu untuk menghalang pembentukan fibrosis yang menjadi faktor terjadinya stenosis trakea.

MOHD HEIKAL MOHD YUNUS, MD. MMedSc. PhD adalah Pensyarah kanan di Jabatan Fisiologi, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Kuala Lumpur, Malaysia.

NUR ADELINA AHMAD NORUDDIN, BSc. MMedSci. PhD adalah Pegawai Penyelidik di Institut Farmaseutikal dan Nutraseutikal, Pulau Pinang Malaysia.

RUSZYIMAH IDRUS, MD, PhD adalah Professor Kehormat di Fakulti Perubatan, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Kuala Lumpur, Malaysia.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI