​Rawatan Sihir: Perspektif Fiqh Al-Hadith

RM46.00
9789831008737
5 item(s)
+

Rawatan Sihir: Perspektif Fiqh Al-Hadith

Author: Khadher Ahmad

Publisher: UM Press

ISBN: 9789831008737

Weight:

Pages:

Year: 2016

Price : RM46

Buku ini adalah sebuah karya dalam bidang hadis berasaskan kajian tematik terhadap isu rawatan sihir. Rawatan sihir adalah salah satu tema yang dijelaskan dan dibincangkan dalam beberapa teks hadis. Melalui rujukan terhadap al-Kutub al-Sittah (The Six Books), hadis-hadis berkaitan rawatan sihir dikumpulkan, dibincangkan jalan periwayatannya, diletakkan status atau taraf bagi hadis dan dikeluarkan fiqhnya sehingga dapat dijanakan kefahaman yang jelas berkaitan rawatan sihir dalam perspektif hadis dan fiqhnya. Hasil penelitian terhadap keseluruhan hadis dalam al-Kutub al-Sittah, terdapat 12 hadis yang menjadi dasar utama perbincangan dalam buku ini sehingga pada akhirnya menghasilkan standard khusus berkaitan rawatan sihir dalam pemahaman hadis. Segala perbincangan dirujuk kepada karya-karya syarah hadis dengan tambahan rujukan semasa sehingga menjadikan perbahasan sesuai dengan keadaan semasa dari aspek rawatan sihir. Dengan itu, dapatan ini sepenuhnya dapat dimanfaatkan oleh semua pihak khususnya dalam kalangan pengamal pengubatan alternatif Islam dalam memahami selok-belok rawatan sihir dalam kerangka petunjuk daripada Nabi SAW.

Buku ini juga penting bagi manfaat para pengkaji dan peneliti hadis dalam memahami pendekatan tematik dalam huraian pemahaman hadis yang boleh diaplikasikan dalam mengupas dan membincangkan isu-isu yang lain. Justeru, panduan Nabi SAW itu adalah yang terbaik dan sesuai dengan kapasiti baginda sebagai suri teladan sepanjang zaman dan apa yang diperkatakan dan dipraktikkan oleh Nabi SAW sama sekali tidak mengikut hawa nafsu melainkan ia petunjuk yang datang daripada Yang Maha Pencipta lagi Maha Berkuasa, Allah SWT. Semoga buku ini dapat dimanfaatkan oleh semua pihak.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI