Reka Bentuk Penyelidikan: Falsafah, Teori & Praktis

RM40.00
9832373387
2 item(s)
+

Reka Bentuk Penyelidikan: Falsafah, Teori & Praktis

Author: Sidek Mohd Noah
Publisher: UPM Press
ISBN: 9832373387
Page: 265 m/s
Year: 2019
Price: RM40

Penyelidikan merupakan suatu proses saintifik. Seorang penyelidik wajar sedar tentang beberapa peringkat dalam penyelidikan dan perlu menguasai kemahiran melaksanakan proses penyelidikannya pada peringkat yang berkenaan. Penyelidik yang tekun dan beriltizam dalam tugasnya akan dapat merasakan kepuasan dalaman swadirinya apabila hasil kajiannya dapat disempurnakan.

Buku ini memberi panduan kepada penyelidik yang baru berjinak-jinak dengan penyelidikan. Selain itu,menariknya buku ini adalah kerana ia turut mengemukakan beberapa petua kepada penyelidik tentang cara memudahkan analisis data dalam usaha menulis laporan kajian. Pengarang turut membimbing penyelidik tentang cara mengatasi masalah yang sering berlaku dalam penyiasatan sains sosial terapan berhubung kejituan dapatan kajian.

Tumpuan juga dititikberatkan pada penentuan jenis pensampelan apabila ujian statistik diguna bagi memastikan kejituan analisis data dalam menjalankan penyelidikan.
Aspek cara memperoleh kesalahan dan kebolehpercayaan yang tinggi dalam penggubalan soal selidik juga diberi tumpuan. Di samping itu,pengarang mengemukakan pentingnya etika penyelidikan dipatuhi oleh para penyelidik.

Buku yang Sesuai Dibeli Bersama


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI