Remaja & Ketagihan Telefon Pintar: Faktor & Solusi

RM25.00
9789672513063
2 item(s)
+

Remaja & Ketagihan Telefon Pintar: Faktor & Solusi

Authors: Qistina Mohd Ghazali, Idayu Badilla Idris, Azmawati Mohammed Nawi
Publisher: UKM Press
ISBN: 9789672513063
Weight: 0.16kg
Pages: 92pp
Year: 2021
Price: RM25

Perubahan cara hidup remaja di Malaysia masa kini sangat dipengaruhi oleh arus globalisasi dan peningkatan taraf hidup. Teknologi yang semakin berkembang maju menjadikan telefon pintar semakin canggih. Penggunaannya kini tidak terbatas bukan hanya untuk bercakap malah lebih dari itu. Telefon pintar telah menjadi sebahagian dari hidup remaja. Tetapi pada masa yang sama, ketagihan terhadap penggunaanya telah menjadi satu kebimbangan dalam kesihatan awam. Apakah yang menyebabkan ketagihan telefon pintar ini? Peningkatan umur, gaya permisif dan autoritarian ibu akan menaikkan tahap ketagihan telefon pintar manakala peningkatan gaya autoritatif bapa dan tahap kepuasan hidup akan menurunkan tahap ketagihan telefon pintar. Ini menunjukkan faktor umur, gaya permisif dan autoritarian ibu, gaya autoritatif bapa serta kepuasan hidup merupakan faktor peramal. Buku ini dapat memberi kesedaran kepada ibu bapa, pihak sekolah dan juga masyarakat, bahawa ketagihan telefon pintar ini patut dirawat pada peringkat yang lebih awal. Ibu bapa juga perlu tahu jenis gaya keibubapaan yang manakah paling sesuai diamalkan oleh ibu bapa. Ibu bapa memainkan peranan dalam menentukan tahap ketagihan telefon pintar. Malah, kepuasan hidup dalam kalangan pelajar perlu ditingkatkan bagi mengurangkan tahap ketagihan.

QISTINA MOHD GHAZALI, Msc. Penulis merupakan seorang Pegawai Penyelidik di Jabatan Kesihatan Masyarakat, Fakulti Perubatan, UKM. Penulis mempunyai pengalaman dalam bidang penyelidikan dan penulisan artikel dalam bidang Kesihatan Masyarakat.

IDAYU BADILLA IDRIS, PhD merupakan seorang Profesor Madya di Jabatan Kesihatan Masyarakat, Fakulti Perubatan, UKM. Beliau adalah Pakar Perubatan Kesihatan Awam (Kesihatan Keluarga).

AZMAWATI MOHAMMED NAWI, PhD, merupakan Pakar Perubatan Kesihatan Awam dan seorang Profesor Madya di Jabatan Kesihatan Masyarakat, Fakulti Perubatan, UKM. Beliau mempunyai kepakaran yang mendalam dalam bidang penyakit berjangkit epidemiologi dan pencegahan.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI