Remedi Kontrak Pengguna Amalan ASEAN dan Barat
Author : Ong
Tze Chin & Sakina Shaik Ahmad Yusoff
Publisher:
UKM Press
ISBN: 9789674126391
Year: 2018
Pages: 131
pp
Price: RM30
Perkembangan dan kerjasama ASEAN telah membawa pelbagai impak positif kepada pembangunan sosial dan ekonomi ASEAN yang kompleks. Kompleksiti komuniti ASEAN merupakan kekuatan ASEAN dalam melangkah ke hadpan bagi mencapai intergrasi yang lebih mendalam, bersepadu, kompetetif, inovatif dan dinamik. Matlamat intergrasi ASEAN untuk menghasilkan komuniti ASEAN yang berpusatkan rakyat bertumpu kepada isu-isu yang merentasi keseluruhan spectrum sosial dan ekonomi. Perlindungan pengguna merupakan agenda penting dalam perkembangan sosial dan ekonomi ASEAN dengan hasrat untuk menubuhkan rangka kerja perlindungan pengguna ASEAN bersepadu melalui perundangan. Dalam hasrat untuk menghasilkan rangka kerja perlindungan pengguna ASEAN bersepadu melalui perundangan. Dalam hasrat untuk menghasilkan rangka kerja perlindungan pekerja melalui perundangan, remedi kontrak pengguna merupakan intisari dalam menjamin kepentingan hak pengguna. Hak pengguna adalah berkait rapat dengan remedi pengguna. Ketiadaan sesuatu remedi bermaksud tidak wujudnya sesuatu hak disisi undang-undang. Oleh sebab itu, untuk memperkasakan kepentingan komuniti kepentingan komuniti ASEAN, remedi kontrak pengguna penting dalam membantu integrase komuniti ASEAN. Analisis remedy kontrak pengguna amalan ASEAN dan Brat merupakan langkah pertama untuk menyumbang kepada rangka kerja perlindungan ASEAN. Buku ini menganalisis remedi kontrak pengguna dalam konteks jualan barang di negara-negara terpilih ASEAN dan Barat darp perspektif undang-undang. Buku ini merupakan karya asli pertama yang menganalisis remedi kontrak pengguna ASEAN dan Barat.