​Renungan Metafizika

RM25.00
9789671648834
11 item(s)
+

Renungan Metafizik

Penerbit Asal : Oxford University Press

Penulis : René Descartes

Terjemahan daripada : Meditations on First Philosophy

Penterjemah : Khalid Jaafar, Mohamad Hilmi Marjunit

Terbitan : Inisiatif Buku Darul Ehsan

Tahun terbitan : 2018

Halaman : 146 muka surat

ISBN : 9789671648834

Harga : RM 25.00

Sinopsis

Keraguan yang timbul terhadap kepercayaan yang digenggam erat selama ini menjadi teras utama bagi gagasan yang dibentangkan oleh René Descartes (1596-1650) dalam karya ini. Pencarian beliau yang melibatkan pelbagai perbahasan utama falsafah semisal metafizik, ontologi, dan etika, menghasilkan beberapa kaedah untuk meyakini sesuatu perkara. Karya ini mengajak para pembaca berfikir dengan lebih kritis dan benar-benar jujur demi merungkai banyak persoalan penting yang sering dianggap remeh.

Biodata Pengarang

René Descartes (1596–1650) adalah filasuf, ahli matematik, dan ahli sains berbangsa Perancis yang disebut-sebut sebagai bapa falsafah moden dan salah seorang tokoh utama Revolusi Sains. Karya Descartes, Meditations on First Philosophy, yang terbit pada tahun 1641 masih dipakai sebagai teks piawai di kebanyakan fakulti falsafah di universiti. Pengaruh Descartes juga amat jelas dalam bidang matematik dan dia dikenali sebagai bapa geometri analitik. Pernyataan falsafahnya yang masyhur ialah “Cogito, ergo sum” (Aku berfikir, dengan itu aku ada). Antara karya falsafah lain yang terkenal oleh Descartes ialah Discourse on Method (1637) dan Principles of Philosophy (1641).

Buku yang Sesuai Dibeli Bersama


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI