Republik
Penerbit Asal : Basic Books
Penulis : Plato
Terjemahan daripada : The Republic Of Plato
Penterjemah : Khairul Anam Che Mentri Terbitan : Inisiatif Buku Darul Ehsan
Tahun terbitan : 2018
Halaman : 396 muka surat
ISBN : 9789671648803
Harga : RM 40.00
Sinopsis
Buku Republik karya Plato ini merupakan satu daripada sebilangan kecil karya orang bijaksana yang mempunyai kepentingan dan nilai yang kekal abadi buat bangsa manusia. Ia meneroka begitu banyak persoalan penting dalam kehidupan dan pemikiran manusia. Menerusi dialog antara Socrates dan tiga orang rakannya, karya ini meneliti persoalan tentang masyarakat yang sempurna dan individu citaan dalamnya. Sepanjang perbualan, beberapa persoalan besar lain dalam kehidupan manusia turut ditimbulkan: apa itu keadilan; apa itu kebaikan; apa itu keindahan; apa itu hakikat; apa itu pengetahuan? Republik juga menyentuh persoalan tujuan pendidikan serta peranan wanita dan lelaki sebagai ‘penjaga’ negara dan rakyat. Dengan gaya penghujahan yang sangat jelas dan kehandalan menggunakan cerita ibarat, Plato menggambarkan sebuah negara yang penuh harmoni dan diperintah oleh ‘filasuf yang menjadi raja’.
Biodata Pengarang
PLATO (c. 427-347 SM), bersama Socrates dan Aristotle, merupakan filasuf Yunani Kuno yang menjadi pengasas tradisi pemikiran Barat. Dia lahir dalam keluarga bangsawan yang sangat berpengaruh dalam politik Athens. Namun, kerana kebenciannya terhadap keganasan dan kerosakan dalam politik Athens, Plato tidak melibatkan diri dalam politik. Dia menjadi anak murid dan pengikut Socrates, tokoh yang menjadi watak utama dalam semua karya dialognya. Selepas Socrates dijatuhi hukuman mati pada 399 SM, Plato meninggalkan kota Athens bersama beberapa orang sahabatnya dan menetap di Megara. Tidak lama selepas itu dia berkunjung ke istana Dionysius di Sicily. Sepulangnya dari Sicily ke Athens, dia mengasaskan sebuah gimnasium di luar kota tersebut, disebut Academy. Di sana, Plato mengarang lebih dua puluh dialog falsafah yang kekal sampai hari ini.