Revolusi Perindustrian 4.0: Teknologi Masa Kini Manfaat Masa Depan
Author: Syahrul Nizam Junaini & Nurhizam Safie Mohd Satar
Publisher: UKM Press
ISBN: 9789672516972
Weight: 0.248 kg
Pages: 157pp
Year: 2022
Price: RM30
Pada era kecerdasan buatan dan pengkomputeran awan ini, pengetahuan asas berkaitannya begitu penting kepada masyarakat umum. Buku ini memberi pendedahan asas berkaitan teknologi cetakan tiga dimensi, Internet Benda, data raya dan kenderaan tanpa pemandu. Di samping itu, topik menarik seperti pengkomputeran tersulam, realiti maya dan terimbuh, serta robotik termaju pasti memberi perspektif baharu kepada pembaca sekalian. Buku ini ditutup dengan menyingkap aplikasi 4IR dalam pelbagai bidang seperti pertanian, pendidikan dan perubatan. Fakta-fakta teknikal yang sarat dalam buku ini ditulis secara santai, namun sampai kepada pembacanya. Semoga pembaca dapat memahaminya dengan mudah. Buku ini bermanfaat bagi penyelidik, pemain industri, kakitangan kerajaan mahupun swasta, wartawan dan pihak media, pelajar dan seterusnya masyarakat awam. Semoga kita semua bersedia mendepani ledakan revolusi perindustrian 4.0.