Rihlah Ibn Khaldun AL-TA'RIF BI-'IBN KHALDUN

RM45.00
9786297733296
4 item(s)
+

Rihlah Ibn Khaldun AL-TA'RIF BI-'IBN KHALDUN

Author: Najibah Abu Bakar
Mohamad Hazwan Hanif Mohd Yusof
Publisher : The Biblio Press
ISBN:  9786297733296
Page: 375 m/s
Weight: gsm
Year: 2025
Price: RM45

Sebagai sejarawan, ahli falsafah dan pemikir yang mengubah cara kita memahami sejarah dan masyarakat, Ibn Khaldūn meninggalkan warisan intelektual yang luar biasa. 

Namun, siapakah beliau di sebalik karya agung Muqaddimah? al-Taʿrīf bi-Ibn Khaldūn ialah sebuah autobiografi yang membawa pembaca menelusuri perjalanan hidupnya—dari kerjaya politik yang berliku-liku hingga pengasingannya yang melahirkan pemikiran revolusioner.

Dalam naskhah ini, Ibn Khaldūn berkongsi secara peribadi tentang pengalaman sebagai pegawai istana, diplomat dan cendekiawan, serta cabaran yang ditempuhinya dalam dunia politik Maghribi dan Andalus. 

Kisahnya bukan sahaja catatan sejarah peribadi, bahkan juga merakam tentang ketidaktentuan kuasa dan kebangkitan serta kejatuhan tamadun.

Terjemahan ini membuka ruang untuk pembaca moden menilai sisi lain Ibn Khaldūn—sebelum ini sebagai tokoh pemikir, kini sebagai seorang manusia yang berhadapan dengan konflik, pengkhianatan, dan pencarian ilmu sepanjang hayat. 

Sebuah autobiografi yang wajib dibaca oleh sesiapa yang ingin mengenali pemikir Islam yang amat berpengaruh dalam sejarah.

Buku yang Sesuai Dibeli Bersama


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI