Risalah Ramadan Iqtisad dan Syukur

RM25.00
9786054299256
2 item(s)
+

Risalah Ramadan Iqtisad dan Syukur

Author: Badi'uzzaman Sa'id Nursi
Publisher: Penerbitan Hayrat
ISBN: 9786054299256
Weight: 0.137
Pages: 82pp
Year: 2023
Price: RM25

Buku Risalah Ramadan, Iqtisad dan Syukur adalah himpunan tiga risalah yang penting daripada koleksi Risalah al-Nur. Risalah Ramaḍan merupakan bahagian kedua daripada sembilan bahagian, Surat Kedua Puluh Sembilan daripada kitab al-Maktubat (Surat-Surat). Risalah ini membahaskan sembilan hikmah berpuasa di bulan Ramadan daripada pelbagai aspek seperti hikmah daripada aspek Rububiyyah Allah, kehidupan sosial, peribadi manusia, pendidikan jiwa dan bersyukur terhadap nikmat anugerah Ilahi.

Risalah Iqtisad pula merupakan Kilauan Kesembilan Belas daripada kitab al-Lama'at (Kilauan-Kilauan). Risalah Iqtisad mengandungi tujuh nuktah yang menjelaskan hikmah-hikmah hidup bersederhana dan kepentingan hidup bersederhana bagi individu dan masyarakat.

Manakala Risalah Syukur merupakan perbahasan kelima, Surat Kedua Puluh Lapan yang diambil daripada kitab Așa-yi Müsa (Tongkat Nabi Musa). Risalah ini menjelaskan sebagaimana al-Qur'an menunjukkan bahawa perkara yang paling dikehendaki oleh Allah swt daripada hamba-hamba-Nya ialah kesyukuran, begitu juga alam semesta ini memperlihatkan bahawa natijah penciptaan alam yang terpenting ialah kesyukuran.


Buku yang Sesuai Dibeli Bersama


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI