Riwayat Seorang Penyeberang Bahasa
Author: Muhammad Haji Salleh
Publisher: Dewan Bahasa dan Pustaka
ISBN: 9789834941697
Weight: 0.3
Pages: 217pp
Year: 2023
Price: RM50
Jilid ini membawa saya ke sebuah dunia baharu yang berlainan daripada Asia dan Eropah yang saya kenali sedikit sebanyak. Namun begitu, inilah kali pertama saya menjejakkan kaki ke benua Amerika. Kali ini, kembara saya hampir seluruhnya bertemakan ilmu. Saya sudah selesai pengajian peringkat sarjana di Universiti Malaya dan ingin cepat melanjutkan pengajian saya ke peringkat PhD. Walaupun pada tahun 1970 saya sudah menjadi pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia, namun universiti itu masih belum memulakan skim latihan untuk pensyarah-pensyarahnya. Oleh hal yang demikian, sekiranya saya ingin juga meneruskan hasrat saya, maka saya harus mencari dananya sendiri.