ROHINGYA: BANTU ATAU BANTAI?
Editor: Muhammad Faisal Abdul Aziz
Publisher: ABIM Press
ISBN: 9789672158110
Pages: 108 pp
Price: RM25
Buku “Rohingya: Bantu atau Bantai? ini adalah sebuah buku yang diusahakan penerbitannya oleh sekumpulan para aktivis yang peduli akan nasib umat yang ditindas, termasuklah memberikan penumpuan terhadap etnik Rohingya, iaitu etnik yang sering dipandang sebelah mata, bahkan tidak diambil peduli oleh kebanyakan orang. Walaupun PBB mengisytiharan etnik ini sebagai “the most persecuted ethnic in the world,” persepsi sebahagian umat terhadap etnik Rohingya masih tidak berubah, berbeza sekali layanan yang diterima mereka berbanding layanan dan perhatian terhadap peduduk Syria, Palestin dan lain-lain. Buku “Rohingya: Bantu atau Bantai?” ini diterbitkan untuk memberi kesedaran dan pencerahan tentang etnik ini, bermula dari sejarah mereka dan kawasan yang mereka diami, menjawab salah faham terhadap mereka, kezaliman dan penindasan yang mereka alami, dan kesedaran agar perjuangan membela nasib mereka ini dapat diperluaskan kepada seluruh lapisan masyarakat, dan akhirnya menyedarkan masyarakat bahawa, kita perlu bantu mereka, bukan membantai mereka!