Rokok Elektronik Keseronokan Terlarang Dalam Kalangan Remaja
Author: Sharifa Ezat Wan Puteh
Publisher: UKM Press
ISBN: 9789672388913
Pages: 95pp
Weight: 0.185kg
Year: 2020
Price: RM 20.00
Rokok elektronik (peranti dengan jus telah dicampur nikotin) dan vape (peranti E-jus tanpa nikotin), merupakan peranti elektronik yang digunakan sebagai
penghantar nikotin pada awal penciptaannya. Cecair yang digunakan Bersama peranti ini dikenali sebagai E-Jus. Kandungan E-jus terdiri daripada air,
propylene glycol ataupun glycerine, perasa dan tidak ketinggalan, bahan terlarang, iaitu nikotin. Kini telah terdapat E-jus tanpa nikotin di pasaran. Dengan
adanya pilihan tanpa nikotin ini, penggunaan rokok elektronik dilihat telah menjadi budaya ataupun trend yang sinonim dalam kalangan belia termasuk pelajar
kolej, sekolah menengah dan pelajar university. Tujuan penggunaan rokok elektronik kini bukan lagi sebagai alternatif berhenti merokok. Malahan turut
melibatkan individu yang tidak merokok, wanita dan juga kanak-kanak. Melihat pada isu dan keadaan semasa,penggunaan rokok elktronik boleh merisikokan
kesihatan pengguna dan juga masyarakat. Oleh itu, penggunaannya harus dikawal selia dan dicegah supaya tidak timbul lagi isu-isu penyalahgunaan.