Rosli Dhobi Dan Rukun 13
Author: Nordi
Achie
Publisher: UM
Press
ISBN:
978-983-100-953-6
Year: 2018
Weight: 0.200 kg
Price: RM60
Peristiwa
sungkit berdarah di Sibu pada 3 Disember 1949 merupakan antara episod penting
dalam sejarah Sarawak Darul Hana. Di persada bersejarah ini, tertegaknya
pengorbanan empat patriot Melayu: Rosli Dhoby, Morshidi Sidek, Awang Rambli
Amit dan Bujang Suntong. Selepas meradak perut Duncan Stewart dengan badik,
Rosli dan Rukun 13 dibicarakan dalam mahkamah kolonial yang diterajui hakim
kolonial, dibarisi juri prokolonialis, disergahi pendakwa kolonial, diburu
polis kolonial sembari mendepani saksi-saksi kolonial; malah paling sadis,
tanpa mendapat pembelaan sewajarnya daripada peguambela profesional. Apakah
mereka dibicarakan untuk diadili, atau mahkamah kolonial diperalatkan untuk
membalas dendam terhadap Rosli dan Rukun 13?
Malangnya, pada zaman kemaharajalelaan penjajah British, puterabumi antipenjajah ditohmah sebagai pemberontak, pembunuh dan penjahat. Namun, di sisi generasi anak merdeka, pejuang antikolonialis dinobatkan sebagai wira negara dan melati bangsa. Mereka sanggup berkorban nyawa demi memperjuangkan maruah bangsa dan kemerdekaan nusa daripada dirampas kolonialis Barat. Justeru, kemerdekaan bangsa dan nusa yang kita kecapi hari ini merupakan hasil daripada perjuangan dan pengorbanan pejuang kemerdekaan.