Rumah Septuagenarian: Kumpulan 7 Drama Pentas

RM30.00
9789672428329
2 item(s)
+

Rumah Septuagenarian: Kumpulan 7 Drama Pentas

Authors : Anwar Ridhwan 
Publisher: Nusa Centre
ISBN: 9789672428329
Weight: 0.3
Pages: 185 pp
Year: 2021
Price: RM30

Rumah Septuagenarian: Kumpulan 7 Drama Pentas memperlihatkan kerencaman idea dan ketukangan Anwar Ridhwan dalam penulisan drama pentas. Gagasan dan pemikirannya yang juga pelbagai memberikan gambaran luasnya horizon kreatif pengarang besar ini, tanpa mengira sempadan bentuk atau genre. Tujuh buah skrip drama yang belum pernah dipentaskan dan diterbitkan, dibawa menemui pembaca kali ini. Keanehan-keanehan kehidupan bergaul dengan segala ragam dan rencam manusia yang menciptanya. Dalam zaman yang semakin maju dan kaya, ironinya kemiskinan semakin melata. Kemiskinan menumbuhkan ibu tumpang, buruh kanak-kanak, orang tua yang disisihkan, teknologi robot yang memusnahkan, dan akhir sekali puncaknya rasuah sumber segala kebobrokan yang melata. Buku ini ditutup dengan dua buah naskhah cerita yang merenung kembali sejarah perkelahian menentang penindasan demi merebut keamanan—menjadi tragedi yang berulang-ulang.

Tujuh skrip drama dalam buku ini dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian pertama diberi nama “Panggung Teh Fatimah” memuatkan lima skrip drama pendek. Penulis memilih nama Teh Fatimah (binti Abdul Wahab) sebagai kenang-kenangan kerana dramanya Megat Terawis (1951) merupakan karya drama paling awal dibukukan di negara kita. Bahagian kedua pula diberi nama “Panggung Kala Dewata” memuatkan dua drama adaptasi. Penulis memberi penghormatan kepada tokoh drama tanah air Kala Dewata yang merupakan pensyarah penulisan drama beliau ketika penulis mengikuti pengajian tahun pertama di Universiti Malaya pada sesi pengajian 1970/1971.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI