Rupa & Gaya Busana Melayu (Edisi Ketiga)
Author: Azah Aziz
ISBN: 9786294864078
Weight: 1.5kg
Pages: 407 m/s
Year: 2025
Price: RM270
Kreativiti dan keunikan cita rasa busana dan tekstil Melayu garapan Azah Aziz terungkai indah dalam Rupa dan Gaya Busana Melayu. Budayawan negara ini begitu mencintai warisan Melayu. Lalu beliau mengambil daya usaha menghimpun dan mengumpulkan ciri-ciri, unsur-unsur, sifat-sifat, adat resam dan artifak yang dirasakan dapat memancar nilai-nilai keindahan yang menjadi warisan orang Melayu sejak zaman silam. Istimewanya karya ini digarap dan disulam bersama keindahan syair, pantun, gurindam, ungkapan dan pelbagai bahan bacaan kegemarannya. Minat beliau dalam menelusuri bidang ini bagaikan lautan tidak bertepi. Buku ini memancarkan warna-warni pengalaman dan jiwa peribadi pengarang. Karya ini bolehlah dianggap magnum opus beliau. Harapan pengarang semoga himpunan busana Melayu yang tidak ternilai ini dapat terus dipelihara.