Sadjarah Riouw Lingga dan Daerah Taaloqnya
Author: Norinah Mohd Ali, Abdul Rahim Ahmad
Publisher: UKM Press
ISBN: 9789674120641
Weight: kg
Pages: 477 m/s
Year: 2013
Price: RM75
Sadjarah Riouw Lingga dan Daerah Taalognya menceritakan sejarah keluarga Upu Daeng lima bersaudara dari keluarga bangsawan Bugis. Mereka berasal dari pulau Sulawesi berjaya mencorakkan sejarah yang berlaku di tanah leluhur kerajaan Melayu. Kesan jangka panjang yang dibawa oleh Upu Daeng lima bersaudara, iaitu Daeng Perani, Daeng Menambun, Daeng Merewah, Daeng Celak, dan Daeng Kemasi yang berjaya meletakkan dirinya ke dalam keluarga diraja Melayu dari kesultanan dan kerajaan Melayu di Sukadana, Johor-Riau, Lingga, Indragiri, Mempawah, Sambas, Kedah dan Selangor. Buku ini menceritakan tentang peranan lima bersaudara dari keturunan Daeng dari tanah Bugis berjaya mengubah dan mencorakkan suasana politik pulau Borneo, Jawa, Johor, Riau, Lingga, Siak, Indragiri, Selangor dan Kedah. Juga mencatatkan tentang sejarah ringkas penulisan dan asal-usul manuskrip yang disalin dan ditulis berdasarkan naskhah yang diterima dari Pontianak. Pemilik asal manuskrip ialah Sayyid al-Sharif Abd al-Rahman ibn Sayyid al-Sharif Qassim, sim, Sultan Pontianak, ibn Sayyid al-Sharif Abd. al-Rahman al-Qudri. Manuskrip ini memberi gambaran aran lengkap tentang keterikatan pertalian sejarah di antara keluarga diraja Melayu yang telah bercampur dengan darah Bugis. Sejarah bagaimana berlakunya kemasukan keluarga Bugis ke dalam istana kerajaan Melayu jelas dicatatkan. Bermula di kerajaan Sukadana kemudian ke Mempawah, Sambas, Johor-Riau, Selangor, Kedah, Lingga, Siak dan Indragiri yang merupakan tanah leluhur kerajaan Melayu berubah dengan kemasukan Bugis ke dalam istana dan juga kerajaan Melayu. Perkembangan ini sememangnya mengancam kemurnian kerajaan Melayu namun disebabkan wujudnya kelemahan dan pertelingkahan takhta dan perang saudara telah menyebabkan mudahnya untuk kuasa Bugis menempatkan kan diri mereka ke dalam istana dan kerajaan Melayu. Perubahan ini amat memberi kesan berpanjangan kepada masa hadapan kerajaan Melayu yang akhirnya terpaksa akur dengan perubahan yang berlaku.