Sahih al-Bukhari: Terjemahan dan Pengajaran Hadis (jilid 3)
Translator: Jawiah Dakir, Muhammad Hilmi Jalil, Shamsul
Azhar Yahya, Fariza Md. Sham, Mazlan Ibrahim, Haziyah Hussin dll
Publisher: UKM
Press
ISBN: 9789674124946
Year: 2017
Pages: 280pp
Price: RM40
Azan adalah antara yang disyariatkan dalam Islam. Ianya mempunyai sejarah, kelebihan, kifayah, bacaan dan hikmah yang tersendiri. Selain itu, azan bukan semata-mata menjadi wadah seruan bagi memaklumkan waktu solat, tetapi juga menjadi symbol perpaduan umat Islam kerana dengan seruan azan, mereka akan ‘bersatu’ dari segi masa untuk menunaikan kewajipan solat, sekalipun masa itu berbeza mengikut ketentuan daerah dan negara di dunia. Antara hadis yang terdapat dalamnya ialah mengenai permulaan azan dan kelebihannya, menguatkan suara azan dan berdoa selepasnya serta banyak lagi hadis dan Sunnah Rasulullah saw mengenainya. Hadis dan Sunnah Rasulullah saw juga memberi panduan tentang hal ehwal solat jumaat yang difardukan kepada setiap lelaki muslim. Ianya mengandungi maklumat dan panduan khusus tentang kefarduannya, kelebihan mandi pada hari jumaat, persiapan yang dituntut untuk pergi menunaikan solat jumaat seperti memakai wangi-wangian, berpakaian bersih dan cantik serta adab berjemaah. Sebagaimana azan, solat jumaat juga bukan semata-mata menjadi wadah perpaduan umat Islam, tetapi juga menjadi medium mingguan dakwah Islam kepada umat Islam.