Sahih Muslim: Terjemahan dan Pengajaran Hadis (jilid 2)
Author: Jawiyah Dakir, Muhammad Hilmi Jalil, Wan Zulkifli Wan Hassan, Ahmad Irdha Mokhtar, dll.
Publisher: UKM Press
ISBN : 9789674125998
Pages: 270
Weight :
Year: 2018
Price : RM 40
Setiap orang Islam wajib beriman kepada hari akhirat. Ianya meliputi melihat Allah di Syurga, keadaan ahli Syurga dan neraka serta syafaat. Taharah meliputi amalan menyucikan diri daripada hadas besar dan kecil dengan mandi ataupun berwuduk. Ianya juga berkenaan menyucikan badan, pakaian, tempat dan lainnya daripada sebarang najis. Taharah merupakan syarat sah untuk melakukan ibadah solat. Ianya perlu diketahui oleh setiap musilm bagi mendapat kesempurnaan pelaksanaan ibadah tersebut. Rasulullah SAW telah memberikan huraian mengenai tuntutan dan kaifiyat taharah dalam hadis-hadisnya. Al-Imam Muslim telah menyusun bab khas berkenaan taharah dalam Sahih Muslim. Jilid 2 ini mengandungi tunjuk ajar dan panduan Rasulullah SAW berkenaan dengan iman kepada hari akhirat, kafiyah taharah, haid dan sebahagian bab solat.