Sains dan Teknologi: Wahana Akal Budi Melayu
Editor: Nazri
Muslim & Abdul Latif Samian
Publisher:
UKM Press
ISBN:
9789674126612
Pages: 188pp
Year: 2018
Price: RM30
Buku ini diterbitkan dengan tujuan menambah korpus ilmu dalam sains dan teknologi Melayu khususnya mengenai pencapaian, sumbangan sarjana, pengiktirafan dan pemikiran falsafah sains dan teknologi Alam Melayu dalam konteks akal budi Melayu. Akal budi Melayu merujuk kepada tingkah laku, pemikiran, cita rasa, nilai pengetahuan dan alam kerohanian masyarakat Melayu. Dengan perkataan lain, akal budi Melayu adalah niat, kepercayaan, perasaan, pemikiran dan tingkah laku orang Melayu yang dicetus dalam menangani pelbagai masalah. Perbincangan dimulakan dengan memperkenalkan sains dan teknologi dalam naskhah lama, pemasalahan utama sains dan teknologi, pemikiran sains dan teknologi serta zoologi dalam peribahasa. Selanjutnya dibincangkan mengenai peranan sains dan teknologi dalam alat muzik Melayu. Kedudukan unsur sains dan seni bina dalam tafsir al-Quran. Turut dibahaskan mengenai pengaruh mazhab Shafi’e dalam sains dan teknologi di alam Melayu. Semoga buku ini mendapat tempat di hati pembaca.