Sains Data: Penerokaan Pengetahuan Dari Data Raya
Author: Abdul Razak Hamdan, Azuraliza Abu Bakar, Mohd Zakree Ahmad Nazri
Publisher: UKM Press
ISBN: 9789674125653
Weight: 0.422kg
Pages: 290
Year: 2018
Price: RM40
Banyak maklumat mengenai sains data, data raya dan perlombongan data diperkenalkan dalam buku ini. Sebanyak 15 teknik penerokaan pengetahuan diketengahkan. Manakala sejumlah sembilan set data yang diteroka diperihalkan dan satu algoritma visualisasi data berasas bahasa Java dan Processing ditunjukkan. Sementara itu, satu teknik baharu bagi menjana aplikasi Sistem Sokongan Keputusan – Perlombongan Data (SSK-PD) menggunakan alat perisian MYNDA (Mind your Own Data) didemontrasikan bagi pakar domain kurang mahir teknik perlombongan data. Penyelidik sains data dan pemilik data boleh mengambil iktibar dan petunjuk daripada kaedah penerokaan pengetahuan untuk diaplikasi kepada data mereka bagi memperoleh pengetahuan dan seterusnya membuat keputusan yang bersesuaian. Mereka boleh berinovasi berpandukan kepada pengetahuan yang diteroka bagi pelbagai tujuan. Buku ini didedikasikan khas kepada saintis data, pemilik data dan penyelidikan yang ingin mengetahui bagaimana pengetahuan penting dapat diteroka dari sejumlah data menggunakan teknik dan perisian yang dibincang. Jesteru, mengambil faedah sepenuhnya dari data akan dapat membantu pembuatan keputusan yang wajar dalam bidang masing-masing.