Sains Islam Menurut Perspektif Ilmuwan Melayu
Author: Nur Asyikin Hamdan & Nazri Muslim
Publisher: UKM Press
ISBN: 9786297547381
Weight:
Pages: 268pp
Year: 2023
Price: RM55
Alhamdulillah dan syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan kurnia-Nya atas nikmat kesihatan, semua kemudahan, serta peluang. diizinkan-Nya untuk menghasilkan buku ini. Sekalung penghargaan diucapkan kepada Prof. Dato Dr. Wan Ramli Wan Daud, Prof. Dato Dr. Azizan Baharuddin dan Prof. Madya Dr. Sulaiman Noordin atas kesudian meluangkan masa untuk ditemu ramah, Manakala, untuk arwah Prof. Dr. Khalijah Salleh yang telah menabur jasa menegakkan kepentingan pendidikan kepada masyarakat, semoga roh beliau dicucuri rahmat. Terima kasih juga kepada Penerbit UKM atas penyediaan geran penyelidikan ini sehingga buku ini dapat dihasilkan (DBP-2022-242).
Paradigma sains matematik Islam dibentuk bagi mengatasi masalah pendidikan negara yang masih kurang berjaya mewujudkan suatu kurikulum matematik dalam sistem pendidikan yang menyediakan ilmu tersebut dalam acuan keagamaan. Pemikiran Khalijah Salleh menekankan penerapan sains tauhidik dalam pengajaran dan pembelajaran sementara Azizan Baharuddin mengetengahkan konsep sains mapan sebagai suatu langkah pengharmonian antara sains dengan agama. Manakala Wan Ramli Wan Daud dan Sulaiman Noordin pula masing-masing dengan pendekatan sains reka cipta Islam dan penilaian semula terhadap konsep sains Islam. Paradigma yang diketengahkan dalam buku ini ialah untuk menyelesaikan masalah sains matematik yang berlaku dalam kehidupan seharian dengan mengambil kira faktor-faktor keagamaan. Melalui paradigma yang diketengahkan, terdapat kaitan yang rapat antara ilmu sains matematik dengan akidah pada hari ini. Penerapan paradigma sains matematik Islam ini ke dalam sistem pendidikan negara boleh menghasilkan individu yang berilmu sekali gus berpegang teguh kepada prinsip-prinsip agama
Nur Asyikin Hamdan Nazri Muslim