Sang Pemanah
Author: Paulo Coelho
Publisher: BiblioPress
ISBN:
Weight:
Pages: 137
Year: 2022
Price: RM 28
"Setiap panah menerjang ke pelbagai arah. Kau boleh sahaja melepaskan beribu panah, dan setiap satunya jatuh ke pelbagai tujuan, itulah cara busur menyusur."
Dalam buku Sang Pemanah, Paulo Coelho menggambarkan prinsip yang sepadan bukan sahaja dalam memanah, malah dalam semua aspek kehidupan; gabung-jalin prinsip-prinsip yang membawa kepada pelbagai kebaikan.
Siapakah pemuda dalam busana tradisional Melayu ini? Ini Indera, seorang pemanah terbaik negara yang kini hidup sederhana sebagai tukang kayu di sebuah kampung, kini telah dicabar oleh pemanah lain yang datang dari ranah jauh. Indera menyahut cabaran tersebut dan mengajar pemanah asing yang mencabar bersama dengan seorang budak mengenai falsafah-falsafah di sebalik memanah.
Kenapa anda perlu membaca buku ini adalah anda perlu mengikuti pengembaraan dan kelas menyasar impian dalam hidup bersama Indera dalam cara yang paling menarik iaitu memanah yang juga merupakan sunnah Nabi Muhammad yang mendidik kita daripada sudut emosi untuk menjadi lebih sabar, tenang dan tidak mudah gelabah mencapai impian dan matlamat hidup kita.